:: [ aL-QuRaN DuSTuRuNa ] ::

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat".

 

Photobucket[ UTAMA ][ LECT_TQQ ][ ULYANURALQURAN ][ ALHUFFAZ ][ ALHIFZULQURAN ][ HALAWATULIMAN ] Photobucket
:: [ CINTA ABADIE ] ::
Photobucket
NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN"
:: [ ULUM AL-QURAN ] ::
:: [ LINK 'ULUM AL-QURAN ] ::
LECTURER

:: LeCt_TQQ ::

BANIN

:: aL-HuFFaZ ::

:: aL-HiFzUL QuRaN ::

:: HaLaWaTuL iMaN ::

BANAT

:: ULyaNuRaLQuRaN ::

:: HuFFaZ TeaM ::

:: [ AL-QURAN ONLINE ] ::
:: [ WAKTU SOLAT ] ::
:: [ RENUNGAN BERSAMA ] ::

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

:: [ MUNAQASYAH ] ::

Free shoutbox @ ShoutMix
:: [ KALAMULLAH ] ::
:: [ LAMAN ULAMA' ] ::

:: [ LAMAN AKHBAR ] ::

:: BERNAMA ::  :: UTUSAN MALAYSIA :: :: BERITA HARIAN :: :: HARIAN METRO :: :: HARAKAH DAILY ::
:: [ LAMAN MAHASISWA ] ::

 :: MPM KUIN ::  :: PERMAYA :: :: PMIUM :: :: ISIUKM :: :: PKPIM :: :: PMRAM :: :: DPM-MANSOURA :: :: DPM (MAQAZ) SHOUBRA ::
:: [ LAMAN KAMPUS ] ::

 :: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH  ::  :: DARUL QURAN  ::  :: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA  ::  :: UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA ::  :: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA  ::  :: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  ::  :: UNIVERSITI MALAYA  ::
:: [ LINK MENARIK ] ::
 :: Halaqah.net ::
:: iluvislam ::
 :: Ukhwah.com ::
 :: Seni Khat Malaysia ::
:: palestinkini ::
 :: Info Dakwah ::
:: [ JOM KLIK ] ::
iLuvislam.com Top Blog
Ukhwah.com :: Top Blog
GOOGLE
Search :
YAHOO SEARCH
Search :
CARIAN ISLAMIK
Search :
PENGETAHUAN TENTANG TURUNNYA AYAT YANG PERTAMA DAN TERAKHIR
25 Februari 2008
Gambaran tentang turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w seperti adanya suatu kekuatan yang turun dari tempat yang tinggi dan diterima oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia telah diturunkan daripada tempat yang lebih tinggi. Maka betapa tingginya kedudukan al-qur’an dan betapa besarnya ajaran-ajarannya yang dapat mengubah perjalanan hidup manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dunia dan akhirat.


Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber pertamanya iaitu al-Qur’an akan memberikan kepada kita sesuatu ilmu tentang tahapnya dalam hukum dan hubungkaitannya dengan keadaan tempat di mana hukum itu diturunkan tanpa menimbulkan perselisihan antara yang terdahulu dengan yang akan datang. Masalah seperti ini memerlukan sesuatu kajian mengenai apa yang pertama sekali turun dan apa yang terakhir. Dan kajian seperti itu juga, menuntut adanya perbahasan mengenai segala hukum-hakam Islam seperti makanan, minuman, peperangan dan lain-lain.


Para ulama’ mempunyai banyak pengalaman dalam perkara yang mula-mula diturunkan dan apa yang terakhir. Di sini saya akan paparkan dengan ringkas, kemudian saya dedahkan pandangan yang paling benar.


Yang Turun Pertama Kali


1. Pendapat yang paling sahih mengenai ayat yang pertama kali turun ialah :

Firman Allah s.w.t :


Dalil pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani ( Bukhari dan Muslim ) dan lainnya, daripada Aishah yang mengatakan : “ sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku terhadap Rasulullah s.a.w adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Dia melihat dalam mimpi itu datangnya bagaikan terang pagi hari. Kemudian dia suka menyendiri ( khalwat ). Dia pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam. Untuk itu ia membawa bekal. Kemudian ia pulang kepada Khadijah r.a , maka Khadijah pun memberinya bekal seperti sebelumnya. Dalam gua Hira’ datanglah kepada Beliau satu kebenaran iaitu seorang Malaikat lalu berkata kepada Nabi : “ bacalah !” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab ‘ aku tidak pandai membaca’. Malaikat tersebut mandakapku sehingga aku berasa amat payah lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi ‘ bacalah’ maka aku pun menjawab : aku tidak pandai membaca lalu dia mendakapku yang kedua kali sampai aku payah dibuatnya. Kemudian dia lepaskan lagi dan berkata : “bacalah” aku menjawab ‘aku tidak pandai membaca’ maka dia mendakapku kali yang ketiga sehingga aku payah dibuatnya, kemudian dia berkata : “Iqra’ bismirabbikal lazi khalaq ……….hingga ayat yang kelima”


2. Dikatakan pula, bahawa yang pertama kali turun adalah ayat :

Firman Allah s.w.t :


Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, katanya : “ aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah : yang manakah di antara al-Qu’ran itu yang turun pertama kali? Dia menjawab : “Ya ayyuhal muddaththir. Aku bertanya lagi : ataupun iqra’ bismirabbika? Dia menjawab : aku katakana kepadamu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w kepada kami, sabdanya yang menbawa maksud :

“ sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka apabila sudai selesai aku turun lalu aku meneroka lembah. Aku melihat ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang menjumpai Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka menyelimut aku. Mereka pun menyelimut aku. Lalu Allah menurunkan : Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan"

Hadis Jabir ini dapat dijelaskan bahawa soalan itu mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan bahawa surah Muddassir lah yang turun secara penuh sebelum surah Iqra’ diturunkan; kerana yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah beberapa ayat sahaja.


Dengan demikian, maka ayat al-Qu’ran yang mula-mula sekali turun secara mutlak ialah Iqra’ dan surah yang mula-mula sekali diturunkan secara lengkap, sehabis terhentinya wahyu ialah “ Ya ayyuhal mudathir” dan wahyu yang berhubungkait masalah kenabian pertama sekali turun adalah Iqra’.

3. Pendapat lain mengatakan bahawa pertama kali turun adalah surah al-Fatihah. Mungkin yang dimaksudkan adalah surah yang pertama kali turun secara lengkap.

4. Ada juga yang berpendapat bahawa yang mula-mula sekali turun adalah Bismillahirrahmanirrahim, kerana basmalah turun mendahului setiap surah.


Yang Terakhir Kali Diturunkan

1. Ada yang berpendapat bahawa ayat yang terakhir adalah ayat mengenai riba. Ini berdasarkan pada hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas, yang mengatakan bahawa ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat tentang riba.

Firman Allah s.w.t :


2. Ada yang berpendapat, ayat al-Qu’ran yang terakhir diturunkan ialah :

Firman Allah s.w.t :


Ini didasarkan atas hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa’I dan lain-lain, daripada Ibnu Abbas dan Sa’id bin Jubair. “ayat al-Qu’ran yang kali terakhir turun ialah : “dan peliharalah dirimu daripada azab yang berlaku pada suatu hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah s.w.t……


3. Dikatakan yang terakhir kali turun itu ialah ayat tentang hutang, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyab : … “telah sampai kepadanya bahawa ayat al-Qu’ran yang paling muda di Arsy ialah ayat mengenai hutang.”

Firman Allah s.w.t :


Ketiga-tiga riwayat ini dapat disatukan, iaitu bahawa ketiga-tiga ayat tersebut di atas diturunkan sekali gus langsung seperti yang dalam mushaf. Ayat mengenai riba, ayat peliharalah dirimu....., dan ayat tentang hutang, itu masih satu kisah. Setiap perawi menggambarkan bahawa sebahagian daripada yang diturunkan itu sebagai yang terakhir kali dan itu memang benar. Dengan demikian, maka ketiga-tiga ayat tersebut tidak saling bercanggah.

4. Ada lagi yang berpendapat bahawa yang terakhir kali diturunkan adalah ayat tentang kalalah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib, katanya : “ ayat yang terakhir diturunkan ialah :
Firman Allah s.w.t :



Ayat yang turun terakhir menurut hadis Barra’ ini adalah berhubung rapat dengan masalah warisan.


5. Pendapat yang lainnya yang terakhir diturunkan ialah :


Firman Allah s.w.t :



Mungkin yang dimaksudkan adalah ayat yang terakhir yang diturunkan daripada surah At-Taubah. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa hadis ini memaklumkan bahawa surah ini adalah surah terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah kerana ayat ini mengisyaratkan wafatnya Nabi s.a.w. Sepertimana yang difahami oleh sebahagian sahabat atau mungkin juga surah ini surah yang terakhir diturunkan.


6. Pendapat lainnya yang terakhir kali diturunkan adalah surah Al-Ma’idah. Ini berdasarkan riwayat Tirmizi dan Hakim, daripada Aisyah r.a, tetapi menurut kami, surah itu surah yang terakhir kali turun dalam masalah hukum halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum pun yang dimansukh di dalamnya.


7. Ada juga yang mengatakan bahawa yang terakhir kali turun adalah:

Firman Allah s.w.t :


Pendapat ini berhujah dengan menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih melalui Mujahid, daripada Ummu Salamah, dia berkata : “ayat yang terakhir kali turun adalah ayat : “maka Tuhan memperkenalkan permohonan mereka, sesungguhnya Aku tidak akan menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kaummu…” hingga akhir ayat tersebut.


Sebab adanya hadis ini adalah soalan dari Ummu Salamah : “wahai Rasulullah, aku melihat Allah menyebut tentang kaum wanita. Maka turunlah ayat : dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain.


Dan turun pula “ Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim … "

Serta ayat ini : “ Maka Tuhan mereka…” ayat ini adalah yang terakhir diturunkan daripada ketiga-tiga ayat di atas. Di dalamnya tidak hanya disebutkan kaum lelaki secara khas, tetapi juga perempuan.

Daripada riwayat itu, jelaslah bahawa ayat tersebut terakhir turun di antara ketiga-tiga ayat di atas, juga yang terakhir turun daripada ayat-ayat yang dalamnya disebutkan kaum wanita.



8. Ada yang berpendapat, ayat yang terakhir turun ialah :


Firman Allah s.w.t :


Ini didasarkan kepada hadis yang diriwayatkan Bukhari dan lainnya daripada Ibnu Abbas.
Katanya : ayat ini iaitu Surah An-Nisa’ ayat 93 adalah ayat yang terakhir dan tidak dinasakh oleh sesiapa pun.

Ungkapan “ ia tidak dinasakh oleh sesiapa pun” itu menunjukkan ayat itu ialah ayat yang terakhir turun dalam masalah hukum membunuh mukmin dengan disengajakan.

Ada juga berpendapat yang berdasarkan kepada riwayat Muslim daripada Ibnu Abbas, katanya : “ surah terakhir yang diturunkan ialah :


Firman Allah s.w.t :


Semua pendapat itu tidak disandarkan kepada Nabi. Masing-masing hanya ijtihad dan dugaan sahaja. Mungkin pula bahawa masing-masing mereka itu memberitahu apa yang terakhir didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. atau mungkin juga masing-masing mengatakan hal itu berdasarkan apa yang terakhir diturunkan dalam perkara perundangan tertentu atau dalam masalah surah terakhir yang diturunkan secara lengkap seperti pendapat-pendapat yang lain.


Yang Pertama Diturunkan Secara Tematik.


Para ulama juga membincangkan mengenai ayat-ayat yang pertama diturunkan berdasarkan isi pada temanya. Diantaranya :

1. Mengenai makanan


Firman Allah s.w.t :



Firman Allah s.w.t :



Firman Allah S.W.T:



Firman Allah s.w.t :



2. Masalah minuman


Ayat pertama kali diturunkan mengenai khamar ialah :



Firman Allah s.w.t. :






Firman Allah s.w.t :



Firman Allah s.w.t :


3. Mengenai Perang

Firman Allah:



Manfaat Perbahasan Ini


Mengetahui ayat-ayat yang pertama dan terakhir kali diturunkan itu mempunyai banyak faedah, diantara yang paling penting ialah


a) Menjelaskan mengenai perhatian yang diperolehai al-Quran sebagai bentuk penjagaan dan penetapan ayat-ayatnya. Para sahabat telah menghayai al-Quran ini ayat demi ayat sehingga mereka mengerti waktu dan tempat dimana ayat itu diturunkan. Mereka telah menerima daripada Rasulullah s.w.a mengenai ayat-ayat yang diturunkan kepadanya dengan sepenuh hati. Al-Quran adalah dasar agama penggerak iman dan sumber kemuliaan serta maruah mereka. Ini membawa kesan positif iaitu al-Quran akan terselamat daripada sebarang perubahan dan sebarang penyelewengan.

Firman Allah:

b) Mengetahui rahsia syariat islam yang selari denga sejarah perjalanan subernya yang utama. Dengan peyunjuk Ilahi ayat-ayat al-Quran dapat menjawab persoalan jiwa manusia, membawanya lebih mulia dengan metod yang bijaksana, lalu menempat mereka dalam darjat kesempurnaan. Ayat-ayat al-Quran juga dapat menghantar manusia kepada jalan hidup lurus dan benar melalui penetapan hukum-hakam secara bertahap. Demikian juga dalam masalah kehidupan masyarakat.


c) Dalam mengumpulkan mana-mana ayat yang nasakh dengan mansukh, kadang-kadang terdapat dua ayat atau lebih dalam satu masalah. Tetapi ketetuan hukum dalam satu ayat berbeza dengan ayat yang lain. Apabila dikethui mana yang pertama diturunkan dan mana yang kemudian. Maka ketentuan hukum mutakhir yang terakhir diturunkan itu menghapus ketentuan hukum ayat yang diturunkannya sebelumnya.


Disediakan oleh : Siti Rodziah bt Saad
posted by huffaz team @ 12:20 PG   1 comments
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
22 Februari 2008
Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan menerima dan membincangkan bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:

Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman Allah swt:




Maksudnya : “Bahkan ia al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)”
(Surah al-Buruj:21)


Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut nerupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perangcangan yang wujud di ala mini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.


Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:




Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”
(Surah al-Qadar:1)

Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :




Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.”
(Surah ad-Dukhan:3)

Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :





Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.”
(Surah al-Baqarah:185)


Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat dari hadith yang telah diriwayatkan :

Maksudnya : “ Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua puluh tahun”

Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat. Antaranya :

Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.
Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-peringkat.
Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam jangka masa 24 malam.


Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :


Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.”
(Surah al-Isra’:106)

Firman Allah lagi dalam al-Quran :


Maksudnya : “Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.”
(Surah as-Syu’ara:194)

Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :


Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam.”
(Surah an-Nahl:89)


Hikmah diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat :

Sesungguhnya terdapat banyak hikmah mengapa Allah menurunkan al-Quran secar berperingkat-peringkat:

• Peringkat-peringkat tersebut dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
• Peringkat-peringkat tersebut dapat mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Peringkat-peringkat tersebut sesungguhnya bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk penghuni semua penjuru alam bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah dan Penghuu segala Nabi.


Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang mengubah masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi sekalian alam.




Disediakan oleh : Nur Hazwani bt Shafee

posted by huffaz team @ 5:02 PG   4 comments
AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI
PENDAHULUAN

Wahyu-wahyu yang diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula sejak baginda berada di Mekah hinggalah baginda berpindah ke Madinah. Ayat-ayat al-Quran tersebut telah menyentuh pelbagai masalah dan persoalan yang dihadapi oleh umat Islam. Ayat-ayat al-Quran juga telah mengubah tabiat buruk umat Arab menjadi baik dan membentuk mereka menjadi umat yang terpuji dalam jangka masa yang amat singkat.


Perlu diketahui bagaimanakah ayat-ayat al-Quran begitu mampu mengubah unat Jahiliah kepada umat yang bertamadun dalam jangka masa yang singkat selain dengan sebab ia merupakan kitab mukjizat. Antara sebab lain ialah kerana kelembutan al-Quran dalam menangani persoalan dan masalah mereka. Al-Quran berperingkat-peringkat mengubah perangai dan tabiat buruk mereka hingga akhirnya mereka meninggalkannya semua sekali dengan rela. Kerana itu wujudlah ayat-ayat al-Quran yang membatalkan ayat yang awal turunnya dan sebaliknya. Untuk mengetahui mana satu ayat yang awal dan yang akhir secara berturutan seseorang itu perlilah mengetahui dan memahami dengan tepat persoalan ayat Makki dan ayat Madani.

PENGERTIAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

- Terdapat perselisihan ulama dalam mentakrifkan apakah ayat Makki dan ayat Madani. Mereka membuat takrifan tersebut biasanya berdasarkan aspek tempat dan juga masa diturunkan ayat tersebut.


# Bagi golongan yang mementingkan tempat mereka mengistilahkan ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berada di Mekah dan kawasan sekiyarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun sesudah hijrah. Sementara ayat Madani ialah ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mdinah dan kawasan sekitarnya seperti ayat yang turun di Badar dan juga di Uhud.



# Ada juga yang melihat dari aspek ayat yang diturunkan itu sendiri. Bagi mereka ayat-ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan untuk penduduk Mekah yang dikenali dengan permulaan ayatnya yang menyebut “Wahai sekalian manusia” dan “Wahai Bani Adam..” Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan khusus untuk penduduk Madinah dengan dimulakan ayat yang menyebut “Wahai orang-orang yang beriman…”.



# Bagi mereka yang merujuk kepada soal masa akan mengistilahkan ayat-ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diturunkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah sama ada diturunkan di Mekah, sekitarnya atau di tempat lain selain dari Mekah. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrahnya Nabi ke Madinah walaupun diturunkan di Mekah.



# Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:



1) Sukar untuk menentukan ayat yang tidak diturunkan di kedua-dua tempat tersebut misalnya ayat yang diturunkan di Baitul Maqdis seperti ayat:




Maksudnya : Tanyakanlah kepada orang (Rasul) yang telah kami utuskan sebelum Engkau di antara Rasul-Rasul Kami. Adakah kami adakan beberapa Tuhan Yang mereka sembah selain dari ar-Rahman. (Surah az-Zukhruf: 45)


2) Sulit untuk menentukan ayat-ayat yang tidak mempunyai kitab atau kata tuju dalam ayat yang telah dinyatakan di atas. Contohnya ayat yang ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w sendiri, kepada orang munafik, orang-orang kafir dan juga ayat-ayat yang hanya mengandungi kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu. Ini terdapat dalam ayat berikut :



Maksudnya: Wahai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang telah dihalalkan Oleh Allah kepada kamu kerana mahu memenuhi kehendak isteri-isteri Kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mha Penyayang. (Surah at-Tahrim: 1)


3) Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut adalah dimasukkan ke dalam ayat-ayat yang turun di Madinah kerana turun selapas hijrah walaupun tempat turunnya di Mekah iaitu sewaktu pembukaan Mekah.



Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan Amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum di antara Manusia hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah Adalah sebaik-baik Pemberi Ingat\nasihat kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lagi Amat Maha Melihat. (Surah an-Nisa’: 58)


SURAH-SURAH AL-QURAN YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN MADANI


# Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki -Termasuk di dalam surah Makki sebanyak 82 surah iairu surah :


1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un 41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun 45)AL-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah 61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’rak 68)as-Syura 69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq 73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar 81)al-Insan 82) Fussilat


-Surah-surah Madani - Termasuk di dalam surah-surah Madani sebanyak 20 surah iaitu:


1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah 16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr


- Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai surah Madani iaitu surah:


1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass


- Terdapat juga surah-surah yang mempunyai pengecualian iaitu ia dimasukkan ke dalam surah Madaniyah tetapi terdapat di dalamnya ayat-ayat Madani. Contohnya dalam surah al-Anfal sebagai surah Madani tetapi terdapat ayat yang diturunkan di Mekah iaitu ayat yang ke-30 begitu juga ayat yang ke-64. ayat 30 diturunkan kepada Nabi menerangkan tujuan orang Musyrikin yang hendak membunuh Nabi dan Nabi diperintahkan berhijrah ke Madinah. Sementara ayat yang ke-64 diturunkan kepada Nabi selepas Saidina Umar al-Khattab memeluk agama Islam.


- Begitu juga sebaliknya dalam surah Makkiyah terdapat ayat-ayat Madani seperti surah al-An’am yang dimasukkan ke dalam surah-surah Makki kecuali ayat 101-153 diturunkan di Madinah. Begitu juga surah al-Hajj adalah surah Makki tetapi ayat 19 diturunkan di Madinah.


AYAT-AYAT YANG DIHUKUM MAKKI DAN MADANI


# Selain dari itu terdapat juga ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dihukumkan Madani dan diturunkan di Madinah tetapai dihukumkan Makki. Ayat-ayat itu dihukumkan demikian kerana melihat dan meneliti kandungan dan tajuk yang dibawa oleh ayat-ayat tersebut misalnya:


a) Ayat turun di Mekah dihukumkan Madani


- Iaitu ayat 13 dalam surah AL-Hujurat yang diturunka di Mekah semasa pembukaan Mekah iaitu selepas hijrah maka ia dihukumkan Madani. Khitab yang dibawa adalah umum yang menyebabkan ia tidak boleh dikatakan sebagai Makki atau Madani. Oleh itu ia dimasukkan ke dalam ayat Makki tetapi dihukumkan sebagai hukum Madani.


b) Ayat turunkan di Madinah dihukumkan Makki


- Iaitu ayat-ayat di dalam surah al-Mumtahanah yang diturunkan di Madinah. Khitab yang dibawa adalah untuk orang Musyrikin. Begitu juga ayat-ayat pada permulaan surah al-Baqarah. Oleh itu, ayat-ayat tersebut dikatakan sebagai ayat Madani tetapi hukumnya Makki. Cara-cara untuk mengenal ayat-ayat Makki dan Madani


# Untuk mengetahui sesuatu perkara yang sebenarnya secara pasti tentulah kita sendiri perlu melihat atau menyaksikan perkara tersebut begitu juga dengan al-Quran. Untuk mengetahui dengan pasti tentang apakah itu ayagt Makki atau Madani sudah pasti kita perlu hadir di dalam masa penurunan wahyu tersebut. Namun begitu tentulah mustahil sama sekali untuk kita mengulangi kembali perkara yang telah berlaku. Oleh yang demikian, ulama telah sependapat bahawa pada hari ini sekiranya kita ingin mengetahui ayat Makki dan Madani hanya dengan dua cara sahaja iaitu:


1) Cara mendengar dari dalil-dalil Naqli Iaitu mendengar dalil-dalil Naqli yang disandarkan kepada riwayat yang sahih dari para Sahabat yang hidup semasa wahyu itu diturunkan atau riwayat yang sahih para tabiin yang bertemu dengan sahabat yang menyaksikan turunnya wahyu


2) Cara kias ijtihad Iaitu dengan cara melihat, meneliti dan membuat kajian terhadap ayat-ayat al-Quran berdasarkan perbahasan di atas. Sekiranya ia mempumyai khitab yang lebih membicarakan orang Musyrikin maka kita mengenalinya sebagai ayat Makki dan sekiranya ayat tersebut membicarakan tentang kes atau tindakan maka kita akan memasukkan ke dalam ayat Madani. Begitulah seterusnya dalam hal-hal yang tertentu yang kita telah bincangkan di atas.


Ciri-ciri pengenalan Ayat-Ayat Makki dan Madani


# Berikut merupakan beberapa cirri umum yang dapat membantu kita mengenali sama ada sesuatu ayat itu Makki atau Madani


A-Ciri-ciri Ayat Makki


1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.


2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (كلا)


3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)


4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.


5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.


6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.


Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;


1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.


2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).


3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.


4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.


5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.


B- Ciri-ciri Surah Madani


1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.


2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.


3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.


4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.


Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:


1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.


2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.


HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI


# Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi umat Islam antaranya:


1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.


2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.


3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasih dan Mansuh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.


4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.


Disediakan oleh : Wan Murshila bt Zulkurnain


posted by huffaz team @ 5:00 PG   0 comments
PERBEZAAN DI ANTARA AL-QURAN, HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI
PERBEZAAN DI ANTARA AL-QURAN, HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI

(1) Perbezaan Di Antara Al-Quran Dan Hadis Qudsi :








































































Bil. Al-Quran Hadis Qudsi
1.

Dari segi bahasa:
Himpunan dan bacaan : Himpunan huruf-huruf dan perkataan-perkataan antara satu sama lain ketika membaca.

Dalil : Firman Allah Taala

Dari segi bahasa :
Sandaran kepada القدس iaitu sandaran yang menunjukkan kepada ketinggian dan keagungan kerana isi-isi kalimah yang menunjukkan kepada penyucian dan pembersihan. التقديس : تنزيه الله تعالى, التقديس : التطهير, وتقدس : تطهر

Dalil : Firman Allah Taala


أى نطهر انفسنا لك

2. Dari segi istilah :
- Al-Quran ialah kalamullah swt yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bahasa Arab.

- Merupakan suatu ibadah bagi orang yang membacanya.
Dari segi istilah :
- Iaitu suatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah Taala. Iaitu Nabi meriwayatkannya dengan isi atau kandungannya dari Allah swt tetapi menggunakan lafaz dari Nabi saw sendiri. Contohnya :

عن أبي هريرة رضي الله عنه- عن رسول الله (ص) فيما يرويه عن ربه- يد الله ملأى لا يغيضها نفقة سحاء, الليل و النهار- أجرجه البخاري

- Isi dan kandungannya daripada Allah swt, dan tidak mukjizat
3. Al-Quran tidak disandarkan kecuali kepada Allah swt sahaja. Seperti : ...قال الله تعالى
Sesungguhnya ianya di sandarkan kepada Nabi Muhammad saw.
4. Al-Quran disampaikan kepada kita dengan tawatir, iaitu tetap ((قطعي الثبوت
Hadis Qudsi kebanyakannya disampaikan dengan آحاد iaitu ketetapan yang ragu-ragu, (ظنية الثبوت )
- Kadang-kadang ia shahih, hasan dan boleh jadi dhaif
5. Al-Quran daripada Allah swt dengan lafaz dan makna daripadaNya, dimaksudkan juga sebagai wahyu dengan lafaz dan makna.
Hadis Qudsi makna atau isinya daripada Allah swt tetapi lafaznya daripada Rasulullah saw sendiri.
6. Sesungguhnya, Al-Quran merupakan ibadah dengan membacanya. Sepertimana dalam hadis, Rasulullah saw bersabda :
من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حستة, والحسنة بعشر أمثالها, لا أقول (آلم) حرف, ولكن ألف حرف, ولام حرف, وميم حرف – رواه الترمذي عن ابن مسعود.
Hadis Qudsi tidak termasuk mukjizat, membaca atau mempelajarinya adalah ibadah yang umum, tidak seperti bacaan al-Quran.
posted by huffaz team @ 4:45 PG   0 comments
WAHYU
Wahyu merupakan suatu pengiktirafan dari Allah swt terhadap kenabian seseorang Rasul yang dipilih oleh Allah swt. Persolan mengenai hakikat sebenar wahyu merupakan sesuatu yang amat sukar. Wahyu meruoakan perkara yang termasuk dalam perkara Sam’iyat yang wajib dipercayai oleh umat Islam.

Wahyu Dan Pengertiannya.

1) Dari segi istilah :

Wahyu dari segi istilah syarak bermaksud pemberitahuan Allah swt kepada orang yang suci bersih lagi terpilih di kalangan hambaNya mengenai apa yang dikehendakiNya samada hidayah ataupun ilmu dengan cara yang rahsia/tersembunyi dan juga secara luar biasa.

Wahyu boleh berlaku dengan pelbagai cara. Antaranya ialah :








a) Percakapan antara Tuhan dan hambaNya.
Contohnya : Bercakap Nabi Musa dan Allah swt ketika ia bermunajat di Bukit Tursina.
b) Ilham yang diserapkan ke dalam hati orang yang terpilih atas dasar ilmu yang benar dan tidak dapat dinafikan serta tidak ada keraguan padanya.

c) Mimpi yang benar yang pasti berlaku sebagaimana terbitnya fajar di waktu subuh. d) Wahyu yang datang melalui perantaraan malaikat wahyu, Jibril a.s, malaikat yang mulia, ketua segala malaikat.

2) Dari segi bahasa :

Pengertian wahyu dari segi bahasa adalah seperti berikut :

=>Wahyu merupakan ilham semulajadi bagi seseorang manusia.
Contohnya : Wahyu yang dialami oleh ibu Nabi Musa a.s.
Firman Allah swt:

Maksudnya : dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia... (al-Qasas : 7 )





=>Wahyu berupa suatu perasaan naluri bagi binatang.
Contohnya : Sebagaimana yang diwahyukan kepada lebah.
Firman Allah swt :









Maksudnya : dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia. ( an-Nahl : 68 )



=>Wahyu juga disebut sebagai suatu isyarat yang pantas dengan cara yang amat simbolik kepada seseorang.
Contohnya : Sebagaimana firman Allah swt ceritakan tetapi Nabi Zakaria a.s.
Firman Allah swt :




Maksudnya : maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih(mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang". ( Maryam :11 )






=>Wahyu juga memberi makna godaan atau was-was syaitan.
Firman Allah swt :










Maksudnya : dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. ( al-An’am : 112 )





=>Wahyu juga membawa makna perintahh dari Allah swt kepada malaikatNya.
Firman Allah swt :





Maksudnya : (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. ( al-Anfal : 12 ).



Disediakan oleh : Aisyah bt Mhd Fadzil

_________________________________________________________________


CARA MALAIKAT MENERIMA WAHYU DARI ALLAH



Sebagaimana yang telah diketahui, wahyu adalah perkataan Allah yang diturunkan melalui perantaraan malaikat kepada para Rasulnya. Sebelum malaikat Jibril A.S. dapat menyampaikan wahyu kepada para Nabi, maka sudah pastinya ia terlebih dahulu menerima wahyu tersebut dari Allah S.W.T. Kemungkinan berlakunya dialog di antara Allah dengan malaikat adalah amat jelas sepertimana firman Allah S.W.T: S.Baqarah: 30



Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?".Tuhanberfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya.”



Terdapat banyak lagi firman Allah yang lain yang menunjukkan adanya dialog di antara Allah dengan malaikat. Adalah tidak mustahil Allah menyampaikan wahyuNya kepada malaikat dengan cara yang tersebut juga.



Cara pertama: Malaikat Jibril a.s menerima wahyu dari Allah dengan penyampaian secara ruhani atau menghafaznya dari Luh Mahfuz. Kemudian dia akan turun menemui Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan wahyu tersebut.



Cara kedua: Malaikat hafazah menurunkan Al-Quran kepada malaikat Jibril a.s selama 20 malam (setengah riwayat 20 kali turun) dan kemudian Jibril menurunkannya kepada Nabi Muhammad S.A.W. selama 20 tahun.



Cara ketiga: Malaikat Jibril a.s mengambil Al-Quran dari Allah S.W.T secara pendengaran dan kemudian menyampaikannya kepada Nabi Muhammad S.A.W apa yang didengar dan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T tanpa sedikit perubahan.



Mengenai cara Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nawas bin Sam’an r.a:




Yang bermaksud: “Apabila Allah mahu mewahyukan sesuatu urusan berfirmanlah dengan wahyu, lalu bergemuruh keadaan langit kerana bersangatan takut kepada Allah. Apabila mendengar keadaan itu lalu sujud dan tunduklah segala yang dilangit kepada Allah. Makhluk pertama yang mengangkat kepala ialah Malaikat Jibril lalu Allah mewahyukan apa yang dikehendakiNya. Kemudian berjalanlah Jibril di hadapan para malaikat, lalu ketika itu bertanyalah mereka : Apakah yang telah diperkatakan oleh Allah wahai Jibril? Maka sahut Jibril:


Allah berfirman:“ Yang Hak (Al-Quran)Dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar”. Maka berkatalah mereka seperti yang diperkatakan oleh Jibril. Maka berhentilah Jibril a.s. dengan wahyu itu bila telah memenuhi apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Perbezaan penerimaan wahyu antara malaikat dengan para Nabi dan Rasul hanyalah sedikit iaitu malaikat menerima wahyu untuk disampaikan kepada para Nabi dan Rasul sementara mereka menerima wahyu untuk difahami, diamalkan dan disampaikan serta membimbing umatnya mengikut ajaran kandungan tersebut.

Cara penurunan wahyu dari Allah kepada para Nabi dan RasulNya dikategorikan kepada dua iaitu:
(1) Penurunan wahyu tanpa perantaraan
(2) Penurunan wahyu dengan perantaraan Malaikat




PENURUNAN WAHYU TANPA PERANTARAAN



Antara cara Allah menurunkan wahyu tanpa perantaraan ini ialah:

# Bermimpi yang benar semasa tidur.



Ini disahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: “ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh.




#Mendengar kalam ilahi dari sebalik tabir.



Ini seperti yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W ketika Isra’ dan Mi’raj
Firman Allah S.W.T: ( Syura: 51)



Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana Kamilah orang-orang Yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”.

Dan juga bagi Nabi Musa ketika baginda bermunajat di Bukit Tursina.
Firman Allah: S. Al-A’raf: 143



Maksudnya: “Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu…


PENURUNAN WAHYU DENGAN PERANTARAAN MALAIKAT

Penurunan wahyu cara ini pernah dilakukan dengan keadaan-keadaan yang berikut:

• Cara yang paling berat diterima oleh Rasulullah S.A.W iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang.
Firman Allah dalam menyebutkan tentang beratnya wahyu itu: S. Muzammil: 5



Maksudnya: “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”.

• Cara yang ringan iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri,kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.




Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin:



Yang bermaksud: “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.



Disediakan oleh : NurHanisah bt. Shukeri

posted by huffaz team @ 4:41 PG   0 comments
DEFINISI ALQURAN
Qara’a (قرأ) memiliki erti mengumpulkan dan menghimpun. Qira’ah (قراءة) bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata dalam satu ungkapan kata yang indah. Al-Quran asalnya sama dengan qira’ah, iaitu akar kata (masdar) daripada qara’a, qira’atan wa qur’anan. Allah menerangkan :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu apabila Kami telah menyempurnkan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (Al-Qiyamah : 17-18)


Qur’anah (قرآنه) pada ayat di atas bererti qira’ah (bacaan atau cara membacanya). Jadi kata itu adalah akar kata (masdar) sepertimana kata fu’lan (فعلان) seperti “ghufran” dan “syukran”. Kita dapat katakan : qara’atu, qur’an, qira’atan dan qura’anan, dengan satu makna. Dalam konteks ini maqru’ (مقروء) iaitu yang dibaca, sama dengan qur’an iaitu isim maf’ul dengan akar kata (masdar).

Secara khas, al-Quran menjadi nama bagi sebuah kitab yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Maka jadilah ia sebagai sebuah identiti.


Dan sebutan al-Quran tidak terhad kepada sebuah kitab dengan seluruh kandungannya, tapi termasuklah juga bahagian daripada ayat-ayatnya. Maka jika anda mendengar satu ayat al-quran dibaca misalnya, anda dibenarkan mengatakan bahawa seseorang itu sedang membaca al-Quran.


Maksudnya : “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A’raf : 204)


Menurut sebahagian ulama, pemberian nama iaitu dengan nama al-Quran di antara kitab-kitab Allah itu sebab kitab ini juga mencakupi intipati daripada kitab-kitabNya, bahkan mencakupi intipati daripada semua ilmu. Hal itu disyaratkan dalam firmanNya :


Maksudnya : “…dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu...”
(An-Nahl : 89)


Maksudnya : “…tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini...”
(Al-An’am : 38)



Sebahagian ulama berpendapat, kata al-Quran itu pada asalnya tidak berkhamzah, mungkin kerana ia dijadikan sebagai satu nama bagi sesuatu wahyu yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. bukan yang diambil daripada qara’a, atau mungkin juga kerana ia berasal daripada kata qurina asy-syai’u bisy-syai’i (بالشىء الشىء قرن) yang bererti membandingkan sesuatu dengan lainnya, atau juga berasal dari kata qara’in (قرائن), kerana ayat-ayatnya saling menyerupai. Maka bererti huruf nun yang ada di akhir kalimat itu tulen. Namun pendapat ini masih dianggap kurang sahih, yang sahih adalah pendapat yang pertama.


Al-Quran memang sukar apabila dihadkan dengan definisi-definisi secara akal yang memiliki pelbagai jenis, bahagian-bahagian dan ketentuan-ketentuannya yang khas, yang mana dengannya penta’rifannya dapat dihadkan secara tepat. Tetapi benda itu mesti dihadirkan dalam fikiran atau realiti yang dapat dirasa, misalnya anda memberikan isyarat mengenainya dengan sesuatu yang tertulis dalam mushaf atau yang terbaca dengan lisan, lalu anda katakan al-Quran adalah apa yang ada diantara dua kitab, atau anda katakan al-Quran adalah yang berisi perkataan bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillah…(al-fatihah) hingga min al-jinnati wa an-nas, dalam surah an-nas.


Para ulama’ menyebutkan definisi yang khas, berbeza dengan lainnya bahawa al-Quran adalah kalam Allah atau firman Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaz dan makna yang membacanya menjadi suatu ibadah.


Maka kata “kalam” yang termaktub dalam ta’rif tersebut merupakan kelompok jenis yang mencakupi seluruh jenis kalam. Ia disebut kalamullah sebab disandarkan kepada Allah yang menunjukkan secara khas sebagai firman-Nya, bukan kalam (kata-kata) manusia, jin dan malaikat.

Kalimat “al-munazzal” (المنزل) (yang diturunkan), bererti tidak termasuk kalam-Nya yang sudah khas menjadi milikNya.


Seperti disebutkan dalam firman Allah s.w.t. :



Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” (Al-Kahfi : 109)



Maksudnya : “ dan sekiranya Segala pohon Yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan (menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis…” (Luqman : 27)


Kata-kata “kepada Muhammad” s.a.w. menunjukkan al-Quran itu tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya seperti Taurat dan Injil.


Adapun “al-muta’abbud bitilawatih” (pembacaannya menjadi suatu ibadah) menunjukkan hadith-hadith ahad dan qudsi tidak termasuk. Jika kita katakan misalnya, ia diturunkan daripada sisi Allah dengan lafaznya sebab itu pembacaannya dianggap satu ibadah ertinya mebacanya di dalam solat atau lainnya termasuk ibadah. Tidak demikian halnya dengan hadith ahad dan hadith qudsi.


Nama-nama dan Sifat-sifat Al-Quran

Allah menamakan al-Quran dengan banyak nama, antaranya:


--@ Al-Quran :





Maksudnya : “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra’ : 9)

--@ Kitab :



Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat Yang besar itu)?”
(Al-Anbiya’ : 10)

--@ Furqan :



Maksudnya : “Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.” (Furqan : 1)

--@ Zikr :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr : 9)

--@ Tanzil :


Maksudnya : “Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.” (Asy-Syua’raa :192)


Allah s.w.t. telah melukiskan juga al-Quran dengan banyak sifat, diantaranya :



--@ Nur (cahaya) :




Maksudnya : “Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).” (An-Nisa’ : 174)

--@ Mau’izah (nasihat), Syifa’ (ubat), Hudan (petunjuk), dan Rahmat (rahmat) :




Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” ( Yunus : 57 )

--@ Mubin (yang menjelaskan) :



Maksudnya : “Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.” (Al-Maidah : 5)

--@ Mubarak (yang diberkati) :



Maksudnya : “Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) Yang diturunkan sebelumnya, dan supaya Engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang Yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.” (Al-An’am : 92)

--@ Busyra (berita gembira) :


Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 97)

--@ Aziz (yang mulia) :


Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, Demi Sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi.” (Fussilat : 41)

--@ Majid (yang dihormati) :

Maksudnya : “(Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya” (Al-Buruj : 21)

--@ Basyir (pembawa berita gembira), Nadzir (pemberi peringatan) :



Maksudnya : “Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran yang diturunkan Dalam bahasa arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); Dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya.” (Fussilat :3-4) .




Disediakan Oleh : Nur Shahirah bt Ahmad.

posted by huffaz team @ 3:51 PG   1 comments
:: [ CINTA HAKIKI ] ::
Photobucket
NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN"
:: [ AL-WAQTU KASSAIF ] ::
:: [ JAMI'AH ] ::
:: [ KONVO KUIN 2008 ] ::
:: [ ARTIKEL ] ::
:: [ ARKIB POST ] ::
:: [ MAKLUMAT KUMP. ] ::


HUFFAZ TEAM

Photobucket


PENSYARAH :

LeCt_TQQ

MADAH :

Ulum Al-Quran

KITAB :

Photobucket


KETUA :

Aisyah bt Mhd Fadzil


AHLI KUMPULAN :

Siti Rodziah bt Saad

Nur Hazwani bt Shafee

Nur Hanisah bt Shukeri

Wan Mursyila bt Zulkurnain


BLOG'S ADMIN :

NSA


KULIYYAH :

Semester 6 sesi 2007/2008
Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat
Kolej Universiti Insaniah



Email

:: [ MUNAJAT HUFFAZ ] ::
Photobucket

Ya ALLAH...

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU...

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami...

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

Hanya satu permintaan kami...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya...

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

Ameen...

Photobucket
:: [ MUTIARA KATA ] ::
:: [ MUTIRA HADIS ] ::
:: [ GOVERNMENT ] ::

:: JAKIM :: :: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ::
:: [ LINK KENALAN ] ::
BLOG AKHOWAT

:: UkHTi SHiDa ::

:: UkHTi ZacKiaH ::

:: UkHTi aRBaieYaH ::

:: UkHTi HaNiSaH ::

:: UkHTi SYaHiDaTuL ::

:: JiE ::

:: AiN SYaFiNaH ::

:: iLHaM NaBiLa ::

:: aS-SyaTiBiYYaH ::

:: iZZaT's GrOup ::

:: aSRaR ::

BLOG IKHWAH

:: MbH GaLeri ::

:: GreeNboC ::

:: aLiFLamRa ::

:: TaHFiZQiRaaT0407 ::

:: [ SEDANG ONLINE ] ::
counter
:: [ PENGUNJUNG YG KE ] ::
Website Counter
Free Counter
:: [ POWERED BY ] ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

© Hakcipta Terpelihara 2007 M / 1428 H oleh Huffaz Team :: [ Al-Quran Dusturuna ] :: .All rights reserved. Template by Isnaini Dot Com