:: [ aL-QuRaN DuSTuRuNa ] ::

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat".

 

Photobucket[ UTAMA ][ LECT_TQQ ][ ULYANURALQURAN ][ ALHUFFAZ ][ ALHIFZULQURAN ][ HALAWATULIMAN ] Photobucket
:: [ CINTA ABADIE ] ::
Photobucket
NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN"
:: [ ULUM AL-QURAN ] ::
:: [ LINK 'ULUM AL-QURAN ] ::
LECTURER

:: LeCt_TQQ ::

BANIN

:: aL-HuFFaZ ::

:: aL-HiFzUL QuRaN ::

:: HaLaWaTuL iMaN ::

BANAT

:: ULyaNuRaLQuRaN ::

:: HuFFaZ TeaM ::

:: [ AL-QURAN ONLINE ] ::
:: [ WAKTU SOLAT ] ::
:: [ RENUNGAN BERSAMA ] ::

Photobucket

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

:: [ MUNAQASYAH ] ::

Free shoutbox @ ShoutMix
:: [ KALAMULLAH ] ::
:: [ LAMAN ULAMA' ] ::

:: [ LAMAN AKHBAR ] ::

:: BERNAMA ::  :: UTUSAN MALAYSIA :: :: BERITA HARIAN :: :: HARIAN METRO :: :: HARAKAH DAILY ::
:: [ LAMAN MAHASISWA ] ::

 :: MPM KUIN ::  :: PERMAYA :: :: PMIUM :: :: ISIUKM :: :: PKPIM :: :: PMRAM :: :: DPM-MANSOURA :: :: DPM (MAQAZ) SHOUBRA ::
:: [ LAMAN KAMPUS ] ::

 :: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH  ::  :: DARUL QURAN  ::  :: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA  ::  :: UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA ::  :: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA  ::  :: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  ::  :: UNIVERSITI MALAYA  ::
:: [ LINK MENARIK ] ::
 :: Halaqah.net ::
:: iluvislam ::
 :: Ukhwah.com ::
 :: Seni Khat Malaysia ::
:: palestinkini ::
 :: Info Dakwah ::
:: [ JOM KLIK ] ::
iLuvislam.com Top Blog
Ukhwah.com :: Top Blog
GOOGLE
Search :
YAHOO SEARCH
Search :
CARIAN ISLAMIK
Search :
PENGETAHUAN TENTANG TURUNNYA AYAT YANG PERTAMA DAN TERAKHIR
25 Februari 2008
Gambaran tentang turunnya al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w seperti adanya suatu kekuatan yang turun dari tempat yang tinggi dan diterima oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia telah diturunkan daripada tempat yang lebih tinggi. Maka betapa tingginya kedudukan al-qur’an dan betapa besarnya ajaran-ajarannya yang dapat mengubah perjalanan hidup manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dunia dan akhirat.


Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber pertamanya iaitu al-Qur’an akan memberikan kepada kita sesuatu ilmu tentang tahapnya dalam hukum dan hubungkaitannya dengan keadaan tempat di mana hukum itu diturunkan tanpa menimbulkan perselisihan antara yang terdahulu dengan yang akan datang. Masalah seperti ini memerlukan sesuatu kajian mengenai apa yang pertama sekali turun dan apa yang terakhir. Dan kajian seperti itu juga, menuntut adanya perbahasan mengenai segala hukum-hakam Islam seperti makanan, minuman, peperangan dan lain-lain.


Para ulama’ mempunyai banyak pengalaman dalam perkara yang mula-mula diturunkan dan apa yang terakhir. Di sini saya akan paparkan dengan ringkas, kemudian saya dedahkan pandangan yang paling benar.


Yang Turun Pertama Kali


1. Pendapat yang paling sahih mengenai ayat yang pertama kali turun ialah :

Firman Allah s.w.t :


Dalil pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani ( Bukhari dan Muslim ) dan lainnya, daripada Aishah yang mengatakan : “ sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku terhadap Rasulullah s.a.w adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Dia melihat dalam mimpi itu datangnya bagaikan terang pagi hari. Kemudian dia suka menyendiri ( khalwat ). Dia pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam. Untuk itu ia membawa bekal. Kemudian ia pulang kepada Khadijah r.a , maka Khadijah pun memberinya bekal seperti sebelumnya. Dalam gua Hira’ datanglah kepada Beliau satu kebenaran iaitu seorang Malaikat lalu berkata kepada Nabi : “ bacalah !” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab ‘ aku tidak pandai membaca’. Malaikat tersebut mandakapku sehingga aku berasa amat payah lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi ‘ bacalah’ maka aku pun menjawab : aku tidak pandai membaca lalu dia mendakapku yang kedua kali sampai aku payah dibuatnya. Kemudian dia lepaskan lagi dan berkata : “bacalah” aku menjawab ‘aku tidak pandai membaca’ maka dia mendakapku kali yang ketiga sehingga aku payah dibuatnya, kemudian dia berkata : “Iqra’ bismirabbikal lazi khalaq ……….hingga ayat yang kelima”


2. Dikatakan pula, bahawa yang pertama kali turun adalah ayat :

Firman Allah s.w.t :


Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, katanya : “ aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah : yang manakah di antara al-Qu’ran itu yang turun pertama kali? Dia menjawab : “Ya ayyuhal muddaththir. Aku bertanya lagi : ataupun iqra’ bismirabbika? Dia menjawab : aku katakana kepadamu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w kepada kami, sabdanya yang menbawa maksud :

“ sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka apabila sudai selesai aku turun lalu aku meneroka lembah. Aku melihat ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang menjumpai Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka menyelimut aku. Mereka pun menyelimut aku. Lalu Allah menurunkan : Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan"

Hadis Jabir ini dapat dijelaskan bahawa soalan itu mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan bahawa surah Muddassir lah yang turun secara penuh sebelum surah Iqra’ diturunkan; kerana yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah beberapa ayat sahaja.


Dengan demikian, maka ayat al-Qu’ran yang mula-mula sekali turun secara mutlak ialah Iqra’ dan surah yang mula-mula sekali diturunkan secara lengkap, sehabis terhentinya wahyu ialah “ Ya ayyuhal mudathir” dan wahyu yang berhubungkait masalah kenabian pertama sekali turun adalah Iqra’.

3. Pendapat lain mengatakan bahawa pertama kali turun adalah surah al-Fatihah. Mungkin yang dimaksudkan adalah surah yang pertama kali turun secara lengkap.

4. Ada juga yang berpendapat bahawa yang mula-mula sekali turun adalah Bismillahirrahmanirrahim, kerana basmalah turun mendahului setiap surah.


Yang Terakhir Kali Diturunkan

1. Ada yang berpendapat bahawa ayat yang terakhir adalah ayat mengenai riba. Ini berdasarkan pada hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas, yang mengatakan bahawa ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat tentang riba.

Firman Allah s.w.t :


2. Ada yang berpendapat, ayat al-Qu’ran yang terakhir diturunkan ialah :

Firman Allah s.w.t :


Ini didasarkan atas hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa’I dan lain-lain, daripada Ibnu Abbas dan Sa’id bin Jubair. “ayat al-Qu’ran yang kali terakhir turun ialah : “dan peliharalah dirimu daripada azab yang berlaku pada suatu hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah s.w.t……


3. Dikatakan yang terakhir kali turun itu ialah ayat tentang hutang, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyab : … “telah sampai kepadanya bahawa ayat al-Qu’ran yang paling muda di Arsy ialah ayat mengenai hutang.”

Firman Allah s.w.t :


Ketiga-tiga riwayat ini dapat disatukan, iaitu bahawa ketiga-tiga ayat tersebut di atas diturunkan sekali gus langsung seperti yang dalam mushaf. Ayat mengenai riba, ayat peliharalah dirimu....., dan ayat tentang hutang, itu masih satu kisah. Setiap perawi menggambarkan bahawa sebahagian daripada yang diturunkan itu sebagai yang terakhir kali dan itu memang benar. Dengan demikian, maka ketiga-tiga ayat tersebut tidak saling bercanggah.

4. Ada lagi yang berpendapat bahawa yang terakhir kali diturunkan adalah ayat tentang kalalah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib, katanya : “ ayat yang terakhir diturunkan ialah :
Firman Allah s.w.t :



Ayat yang turun terakhir menurut hadis Barra’ ini adalah berhubung rapat dengan masalah warisan.


5. Pendapat yang lainnya yang terakhir diturunkan ialah :


Firman Allah s.w.t :



Mungkin yang dimaksudkan adalah ayat yang terakhir yang diturunkan daripada surah At-Taubah. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa hadis ini memaklumkan bahawa surah ini adalah surah terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah kerana ayat ini mengisyaratkan wafatnya Nabi s.a.w. Sepertimana yang difahami oleh sebahagian sahabat atau mungkin juga surah ini surah yang terakhir diturunkan.


6. Pendapat lainnya yang terakhir kali diturunkan adalah surah Al-Ma’idah. Ini berdasarkan riwayat Tirmizi dan Hakim, daripada Aisyah r.a, tetapi menurut kami, surah itu surah yang terakhir kali turun dalam masalah hukum halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum pun yang dimansukh di dalamnya.


7. Ada juga yang mengatakan bahawa yang terakhir kali turun adalah:

Firman Allah s.w.t :


Pendapat ini berhujah dengan menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih melalui Mujahid, daripada Ummu Salamah, dia berkata : “ayat yang terakhir kali turun adalah ayat : “maka Tuhan memperkenalkan permohonan mereka, sesungguhnya Aku tidak akan menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kaummu…” hingga akhir ayat tersebut.


Sebab adanya hadis ini adalah soalan dari Ummu Salamah : “wahai Rasulullah, aku melihat Allah menyebut tentang kaum wanita. Maka turunlah ayat : dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain.


Dan turun pula “ Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim … "

Serta ayat ini : “ Maka Tuhan mereka…” ayat ini adalah yang terakhir diturunkan daripada ketiga-tiga ayat di atas. Di dalamnya tidak hanya disebutkan kaum lelaki secara khas, tetapi juga perempuan.

Daripada riwayat itu, jelaslah bahawa ayat tersebut terakhir turun di antara ketiga-tiga ayat di atas, juga yang terakhir turun daripada ayat-ayat yang dalamnya disebutkan kaum wanita.



8. Ada yang berpendapat, ayat yang terakhir turun ialah :


Firman Allah s.w.t :


Ini didasarkan kepada hadis yang diriwayatkan Bukhari dan lainnya daripada Ibnu Abbas.
Katanya : ayat ini iaitu Surah An-Nisa’ ayat 93 adalah ayat yang terakhir dan tidak dinasakh oleh sesiapa pun.

Ungkapan “ ia tidak dinasakh oleh sesiapa pun” itu menunjukkan ayat itu ialah ayat yang terakhir turun dalam masalah hukum membunuh mukmin dengan disengajakan.

Ada juga berpendapat yang berdasarkan kepada riwayat Muslim daripada Ibnu Abbas, katanya : “ surah terakhir yang diturunkan ialah :


Firman Allah s.w.t :


Semua pendapat itu tidak disandarkan kepada Nabi. Masing-masing hanya ijtihad dan dugaan sahaja. Mungkin pula bahawa masing-masing mereka itu memberitahu apa yang terakhir didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. atau mungkin juga masing-masing mengatakan hal itu berdasarkan apa yang terakhir diturunkan dalam perkara perundangan tertentu atau dalam masalah surah terakhir yang diturunkan secara lengkap seperti pendapat-pendapat yang lain.


Yang Pertama Diturunkan Secara Tematik.


Para ulama juga membincangkan mengenai ayat-ayat yang pertama diturunkan berdasarkan isi pada temanya. Diantaranya :

1. Mengenai makanan


Firman Allah s.w.t :



Firman Allah s.w.t :



Firman Allah S.W.T:



Firman Allah s.w.t :



2. Masalah minuman


Ayat pertama kali diturunkan mengenai khamar ialah :



Firman Allah s.w.t. :






Firman Allah s.w.t :



Firman Allah s.w.t :


3. Mengenai Perang

Firman Allah:



Manfaat Perbahasan Ini


Mengetahui ayat-ayat yang pertama dan terakhir kali diturunkan itu mempunyai banyak faedah, diantara yang paling penting ialah


a) Menjelaskan mengenai perhatian yang diperolehai al-Quran sebagai bentuk penjagaan dan penetapan ayat-ayatnya. Para sahabat telah menghayai al-Quran ini ayat demi ayat sehingga mereka mengerti waktu dan tempat dimana ayat itu diturunkan. Mereka telah menerima daripada Rasulullah s.w.a mengenai ayat-ayat yang diturunkan kepadanya dengan sepenuh hati. Al-Quran adalah dasar agama penggerak iman dan sumber kemuliaan serta maruah mereka. Ini membawa kesan positif iaitu al-Quran akan terselamat daripada sebarang perubahan dan sebarang penyelewengan.

Firman Allah:

b) Mengetahui rahsia syariat islam yang selari denga sejarah perjalanan subernya yang utama. Dengan peyunjuk Ilahi ayat-ayat al-Quran dapat menjawab persoalan jiwa manusia, membawanya lebih mulia dengan metod yang bijaksana, lalu menempat mereka dalam darjat kesempurnaan. Ayat-ayat al-Quran juga dapat menghantar manusia kepada jalan hidup lurus dan benar melalui penetapan hukum-hakam secara bertahap. Demikian juga dalam masalah kehidupan masyarakat.


c) Dalam mengumpulkan mana-mana ayat yang nasakh dengan mansukh, kadang-kadang terdapat dua ayat atau lebih dalam satu masalah. Tetapi ketetuan hukum dalam satu ayat berbeza dengan ayat yang lain. Apabila dikethui mana yang pertama diturunkan dan mana yang kemudian. Maka ketentuan hukum mutakhir yang terakhir diturunkan itu menghapus ketentuan hukum ayat yang diturunkannya sebelumnya.


Disediakan oleh : Siti Rodziah bt Saad
posted by huffaz team @ 12:20 PG  
1 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: [ CINTA HAKIKI ] ::
Photobucket
NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN"
:: [ AL-WAQTU KASSAIF ] ::
:: [ JAMI'AH ] ::
:: [ KONVO KUIN 2008 ] ::
:: [ ARTIKEL ] ::
:: [ ARKIB POST ] ::
:: [ MAKLUMAT KUMP. ] ::


HUFFAZ TEAM

Photobucket


PENSYARAH :

LeCt_TQQ

MADAH :

Ulum Al-Quran

KITAB :

Photobucket


KETUA :

Aisyah bt Mhd Fadzil


AHLI KUMPULAN :

Siti Rodziah bt Saad

Nur Hazwani bt Shafee

Nur Hanisah bt Shukeri

Wan Mursyila bt Zulkurnain


BLOG'S ADMIN :

NSA


KULIYYAH :

Semester 6 sesi 2007/2008
Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat
Kolej Universiti Insaniah



Email

:: [ MUNAJAT HUFFAZ ] ::
Photobucket

Ya ALLAH...

Kami tahu bahawa AL-QURAN itu adalah milikMU...

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami...

Dan kami jua tahu ENGKAU berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa yang ENGKAU kehendaki...

Hanya satu permintaan kami...

ENGKAU bantulah kami dalam menjaga kalam suci-MU...

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya...

Agar kami menjadi penghafaz KALAM suci-MU yang sejati...

Ameen...

Photobucket
:: [ MUTIARA KATA ] ::
:: [ MUTIRA HADIS ] ::
:: [ GOVERNMENT ] ::

:: JAKIM :: :: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ::
:: [ LINK KENALAN ] ::
BLOG AKHOWAT

:: UkHTi SHiDa ::

:: UkHTi ZacKiaH ::

:: UkHTi aRBaieYaH ::

:: UkHTi HaNiSaH ::

:: UkHTi SYaHiDaTuL ::

:: JiE ::

:: AiN SYaFiNaH ::

:: iLHaM NaBiLa ::

:: aS-SyaTiBiYYaH ::

:: iZZaT's GrOup ::

:: aSRaR ::

BLOG IKHWAH

:: MbH GaLeri ::

:: GreeNboC ::

:: aLiFLamRa ::

:: TaHFiZQiRaaT0407 ::

:: [ SEDANG ONLINE ] ::
counter
:: [ PENGUNJUNG YG KE ] ::
Website Counter
Free Counter
:: [ POWERED BY ] ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

© Hakcipta Terpelihara 2007 M / 1428 H oleh Huffaz Team :: [ Al-Quran Dusturuna ] :: .All rights reserved. Template by Isnaini Dot Com