|
:: Hamlatul Quran :: |
28 Disember 2007 |
AKU HAMLATUL QURAN Oleh : Aliflamra
Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, Kesyahduan kurasakan amat bererti, Acapkali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, Tiada putus-putus mendampingi kitabMu, Membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci, Segolongan insan yang dihormati, Segolongan insan yang dipandang tinggi, Inilah insan yg bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci, Hamlatul Quran, itulah aku! Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, Yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci, Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi: "…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui… Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dgn kehidupan dunia…" Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran…begitukah aku? Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, Betapa Hamlatul Quran yang hakiki, Adalah insan yg sanggup bermujahadah dalam kepayahan, Mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dgn keperitan Baru kusedar…Hamlatul Quran Kau luar biasa! Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yg penuh dgn kelalaian, kealpaan, keseronokan spt org-org kebanyakan, Sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi Yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dgn diri yang dhaif ini… Namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, Menjadi salah seorg insan pilihanMu Di dalam dunia Hamlatul Quran yg penuh dgn janji-janji manis di akhirat nanti Ibu bapaku bakal Kau pakaikan dgn mahkota sbg hadiah perngorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani. Tidak mahukah engkau dibangkitkan dgn sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau…! Sahabat-sahabat Al-Quran, Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau damba? Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi… Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran? Sahabatku… Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran Ya Allah Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi Agar kehadiranku di dunia ini bermakna Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi Dengan alunan ayat-ayat suci yg sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati Lantas itu Ku pinta padaMu ya Ilahi Agar di saat-saat akhir hayatku Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku
Andai patah sayap, paruh menjadi tongkat: aliflamra_12@yahoo.com |
posted by huffaz team @ 12:58 PG   |
|
1 Comments: |
-
subhanallah..mohon share.. :)
|
|
<< Home |
|
|
|
|
:: [ CINTA HAKIKI ] :: |
 |
NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN" |
:: [ AL-WAQTU KASSAIF ] :: |
Sabtu : 5 April 2025 @ 6 Syawal 1446H
|
:: [ JAMI'AH ] :: |
|
:: [ KONVO KUIN 2008 ] :: |
 |
:: [ ARTIKEL ] :: |
|
:: [ ARKIB POST ] :: |
|
:: [ MAKLUMAT KUMP. ] :: |
HUFFAZ TEAM
PENSYARAH :
LeCt_TQQ
MADAH :
Ulum Al-Quran
KITAB :
KETUA :
Aisyah bt Mhd Fadzil
AHLI KUMPULAN :
Siti Rodziah bt Saad
Nur Hazwani bt Shafee
Nur Hanisah bt Shukeri
Wan Mursyila bt Zulkurnain
BLOG'S ADMIN :
NSA
KULIYYAH :
Semester 6 sesi 2007/2008 Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat Kolej Universiti Insaniah

Email
|
:: [ MUNAJAT HUFFAZ ] :: |
|
:: [ MUTIARA KATA ] :: |
|
:: [ MUTIRA HADIS ] :: |
|
:: [ GOVERNMENT ] :: |
 |
:: [ LINK KENALAN ] :: |
BLOG AKHOWAT
:: UkHTi SHiDa ::
:: UkHTi ZacKiaH ::
:: UkHTi aRBaieYaH ::
:: UkHTi HaNiSaH ::
:: UkHTi SYaHiDaTuL ::
:: JiE ::
:: AiN SYaFiNaH ::
:: iLHaM NaBiLa ::
:: aS-SyaTiBiYYaH ::
:: iZZaT's GrOup ::
:: aSRaR ::
BLOG IKHWAH
:: MbH GaLeri ::
:: GreeNboC ::
:: aLiFLamRa ::
:: TaHFiZQiRaaT0407 ::
|
:: [ SEDANG ONLINE ] :: |
 |
:: [ PENGUNJUNG YG KE ] :: |
Free Counter
|
:: [ POWERED BY ] :: |

|
|
|
subhanallah..mohon share.. :)