|
Bagaimana belajar sedikit faham banyak |
28 Disember 2007 |

Para Sahabat di zaman awal Islam, sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah SAW, mereka dapat faham dengan banyak, luas dan mendalam. Segala apa yang Rasulullah ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya hingga ia menjadi sumber ilmu yang lengkap dan menyeluruh. Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu juga para Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat AI Quran. Sayidina Ali k.w.j.contohnya, mampu mengupas Surat Al Fatihah hinggakan kalau sepuluh ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab kupasan dan tafsirannya itu. Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya ringkas dan pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda padat, lengkap dan penuh berisi. Untuk dapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa berbincang. Dengan cara ini, ilmu yang matan itu akan bercambah dan berkembang. Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh dapat penambahan ilmu. Daya fikir pula akan menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati yang bersih dan yang sentiasa terhubung dengan Tuhan. Bila roh atau hati itu bersih, Allah SWT akan mudahkan bagi akal untuk meneroka dan memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya, di zaman kegemilangan Islam, di kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabiit Tabiin, ramai yang dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu. Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan dan sebagainya. Tambahan pada itu ramai daripada mereka yang dapat menguasai berbagai bagai ilmu ini pada satu masa. Walhal sebelum Islam, mereka hanyalah pengembala-pengemba la kambing dan ilmu tentang kambing itu sajalah yang ada pada mereka. Dengan didikan Rasulullah SAW menjadikan insan mereka terbina, hati dan roh menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, mengupas, menyaring dan menterjemah berbagai-bagai ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. Selepas itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi semua bangsa di waktu itu. Cara kedua, untuk mendapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan terhurai. Allah SWT ada berfirman: "Barangsiapa mengamalkan ilmu, Aku akan ajarnya ilmu." Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari (ilmu yang tersurat), maka lama-kelamaan, Allah SWT akan ajar kita ilmu hikmah (ilmu yang tersirat). Ilmu seperti ini tidak perlu belajar. Allah SWT akan jatuhkannya terus ke hati kita. Ilmu ini dinamakan juga ilmu ilham atau ilmu laduni. SEKIAN
|
posted by huffaz team @ 1:18 PG   |
|
|
|
:: [ CINTA HAKIKI ] :: |
 |
NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN" |
:: [ AL-WAQTU KASSAIF ] :: |
Ahad : 6 April 2025 @ 7 Syawal 1446H
|
:: [ JAMI'AH ] :: |
|
:: [ KONVO KUIN 2008 ] :: |
 |
:: [ ARTIKEL ] :: |
|
:: [ ARKIB POST ] :: |
|
:: [ MAKLUMAT KUMP. ] :: |
HUFFAZ TEAM
PENSYARAH :
LeCt_TQQ
MADAH :
Ulum Al-Quran
KITAB :
KETUA :
Aisyah bt Mhd Fadzil
AHLI KUMPULAN :
Siti Rodziah bt Saad
Nur Hazwani bt Shafee
Nur Hanisah bt Shukeri
Wan Mursyila bt Zulkurnain
BLOG'S ADMIN :
NSA
KULIYYAH :
Semester 6 sesi 2007/2008 Kuliyyah Al-Quran Wal Qiraat Kolej Universiti Insaniah

Email
|
:: [ MUNAJAT HUFFAZ ] :: |
|
:: [ MUTIARA KATA ] :: |
|
:: [ MUTIRA HADIS ] :: |
|
:: [ GOVERNMENT ] :: |
 |
:: [ LINK KENALAN ] :: |
BLOG AKHOWAT
:: UkHTi SHiDa ::
:: UkHTi ZacKiaH ::
:: UkHTi aRBaieYaH ::
:: UkHTi HaNiSaH ::
:: UkHTi SYaHiDaTuL ::
:: JiE ::
:: AiN SYaFiNaH ::
:: iLHaM NaBiLa ::
:: aS-SyaTiBiYYaH ::
:: iZZaT's GrOup ::
:: aSRaR ::
BLOG IKHWAH
:: MbH GaLeri ::
:: GreeNboC ::
:: aLiFLamRa ::
:: TaHFiZQiRaaT0407 ::
|
:: [ SEDANG ONLINE ] :: |
 |
:: [ PENGUNJUNG YG KE ] :: |
Free Counter
|
:: [ POWERED BY ] :: |

|
|
|